Senin, 21 Desember 2009

Mengawal Risiko, Exit Target dan Exit Stop Loss kat Marketiva.com

Pesanan limit dan dan stop-loss adalah cara paling biasa untuk mengurus risiko dalam urusniaga. Pesanan limit meletakkan halangan kepada harga maksima dibayar atau minima diterima. Pesanan stop-loss memastikan sesuatu posisi itu dicairkan secara automatik pada harga yang ditentukan terlebih dahulu untuk menghadkan potensi kerugian sekiranya pasar bergerak melawan posisi pelabur. Untuk keterangan lebih lanjut, sila periksa halaman http://www.marketiva.com/index.ncre?page=re-controlling-risk.


Tahap exit target ialah tahap harga dimana kamu hendak menutup posisi kamu, bila ianya mencapai keuntungan tertentu. Kamu boleh memasang tahap exit target semasa kamu membuka posisi kamu atau pada bila-bila masa semasa posisi itu masih terbuka.


Pesanan stop-loss memastikan posisi berkenaan dicairkan secara automatik pada harga yang ditetapkan terlebih dahulu untuk menghadkan potensi kerugian sekiranya pasar bergerak melawan posisi pelabur.


Di sini adalah contoh untuk membantu kamu menggunakan exit target dan exit stop-loss: jika kamu buka posisi long pada 1.2000, exit target kamu mesti pada harga yang lebih tinggi, sebagai contoh 1.2020, dan exit stop-loss mesti pada harga yang lebih rendah, sebagai contoh 1.1980, sekiranya kamu buka posisi short pada 1.2000, exit target kamu mesti pada harga yang lebih rendah, sebagai contoh 1.1980, exit stop-loss mesti pada harga yang lebih tinggi daripada 1.2020.


Risiko Pelaksanaan:
Harga pasar biasanya bergerak mengikut pertambahan mata. Biasanya ianya 1 mata, tetapi sering juga harga bergerak dalam 2, 3, 5 atau lebih mata. Bila pasar dalam keadaan sangat rancak turun-naiknya (contohnya. pembukaan mingguan, pengumuman berita, peristiwa penting) harga instrumen boleh bergerak 50 mata atau lebih dalam satu lompatan, yang mana ianya boleh menjejaskan perlaksanaan pesanan anda. Sebagai contoh, jika harga melompat dari 200.10 ke 200.50 (dalam satu pergerakan 40 mata) dan stop-loss untuk posisi short anda ialah di 200.20, posisi anda akan ditutup pada harga pasar atau market price 200.50, iatu 30 mata lebih buruk daripada paras stop-loss anda. Sebaliknya, jika exit target posisi long anda ialah 200.20, posisi anda juga akan ditutup pada harga pasar atau market price di 200.50, yang mana ianya adalah 30 mata lebih baik daripada paras exit target kamu.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar